
KUALA TERENGGANU: Seorang pesara kerajaan kerugian RM155,804 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian atau ‘phone scam’ yang menyamar sebagai pegawai polis.
Ketua Polis Kuala Terengganu Azli Mohd Noor berkata pada 16 Jan lepas, wanita berusia 68 tahun itu dihubungi suspek yang mendakwa mangsa mempunyai waran tangkap kerana terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram dan penyalahgunaan meter air.
Beliau berkata mangsa kemudiannya diminta menyerahkan semua maklumat perbankan melibatkan tiga akaun bank kononnya untuk tujuan siasatan.
“Mangsa juga diarahkan supaya memasukkan kad debit ke dalam plastik dan meletakkannya di celah pokok di hadapan rumah. Dia kemudian menerima notifikasi pengurangan wang dalam jumlah yang besar daripada ketiga-tiga akaun bank tersebut.
“Wanita…