
PETALING JAYA: Segelintir penyokong Kelantan FC membakar suar di luar Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, sebagai tanda protes kekalahan terbesar kepada Selangor FC malam tadi.
Dalam aksi perlawanan ke-21 Liga Super itu, Kelantan “dibelasah” Selangor FC 11-2.
Dalam beberapa hantaran video berdurasi lapan hingga 12 saat menunjukkan sekumpulan penyokong dengan percikan api melaungkan kata-kata mahu pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman melepaskan The Red Warriors, menurut Harian Metro.
Tindakan itu dipercayai dilakukan penyokong di tempat letak kereta berhadapan stadium ketika perlawanan masih berlangsung.
Bagaimanapun, situasi itu dapat dikawal dan hanya berlangsung beberapa minit sebelum ditenteramkan anggota polis.
Kekalahan terbesar itu turut meninggalkan kesan ke atas penjaga gol Kelantan, Muhammad Irfan Haikal Mohd Iffendi yang kelihatan terlalu sedih sehingga terpaksa dipapah…