Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Didakwa Belum Move On, Sherry Ibrahim Beri Amaran Terakhir

today9 January 2025

Background

Pelakon, Sherry Ibrahim seakan sudah hilang sabar apabila ada individu yang tidak bertanggungjawab mendakwa dirinya belum ‘move on’ sehingga dikritik meroyan.

Menerusi sebuah video di TikTok, Sherry atau nama sebenarnya, Syarizad Ibrahim, 41, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya fitnah tersebut masih berterusan.

“Perangai sebenar macam mana tu? Awak yang komen dekat TikTok saya, awak yang tulis bukan-bukan. Awak yang mungkin tak move on sebab orang dah masuk tahun baru.

“Tak ada benda yang perlu dikaitkan. Sekali lagi awak tulis (fitnah), tunggu daripada peguam saya,” katanya.

Bukan itu sahaja, Sherry turut meluahkan rasa kesal apabila individu tersebut seolah-olah sengaja menyebarkan fitnah sehingga menyebabkan kebencian.

Malah, Sherry turut meminta individu itu untuk mengemukakan bukti atas dakwaan tersebut.

“Move on pasal apa ya? Awak saja yang rasa macam tu dan nak tulis supaya orang benci. Itu adalah fitnah. Jadi kalau awak tak kenal saya dan tak ada bukti, jangan suka hati nak komen macam tu,” bidasnya.

Artikel Berkaitan: Sherry Ibrahim Dedah Ciri Lelaki Idaman – “Terpaling Sayang Mak Dia, That Will Make Me Melt More”

Artikel Berkaitan: Didakwa ‘Try Hard’ & Tumpang Populariti Isu Cerai Fattah Amin, Fazura… Sherry Ibrahim Bengang

Artikel Berkaitan: “Bangkit Untuk Mulakan Hidup Baru” – Sherry Ibrahim Harap Fattah Amin Tabahkan Hati 

Written by: Salma


Previous post