Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Didakwa Busuk Dan Berbau, Wanita Ini Kongsi Pengalaman ‘Unboxing’ Hadiah Misteri Sempena Perkahwinan

today18 August 2022

Background

Selesai majlis persandingan, pastinya pasangan pengantin akan ‘unboxing’ hadiah diterima daripada keluarga dan juga rakan-rakan yang menghadiri majlis mereka.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @ninaaanana telah berkongsi sebuah video yang memaparkan aktiviti ‘unboxing’ hadiah perkahwinan dan mengejutkan apabila mereka membuka sebuah kotak ‘misteri’ tanpa nama.

@ninaaanana

Tq sgt kpd pemberi sy appreciate awk nk bgi hadiah tp sorry sngt2 sy terpaksa buang 😭🙏🏻 #fyp #misteri

♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

Menerusi video tersebut, dapat dilihat di dalam kotak itu mengandungi bekas air lama yang sudah berhabuk dan penuh dengan sarang labah-labah serta berbau busuk dan kotor.

Walau bagaimanapun, Nina berterima kasih kepada pemberi hadiah tersebut tetapi terpaksa mengambil keputusan untuk membuang hadiah terbabit bagi mengelakkan daripada sebarang perkara yang tidak diingini.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi. Ada netizen yang tidak bersetuju pengguna TikTok itu memuat naik video tersebut kerana perlu menjaga hati pemberi.

Malah, ada juga netizen yang berasa seram melihat hadiah tersebut dan segelintir netizen turut berkongsi pernah berdepan dengan situasi yang sama serta beranggapan mungkin pemberi hanya ‘recycle’ barangan dalam rumahnya.

Written by: Mimieyuzi


Previous post