Sebelum ini sebuah NGO menggesa Jabatan Alam Sekitar membatalkan kelulusan bagi EIA ke atas projek itu, yang didakwa tidak dipamerkan secara terbuka.

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim sedang menunggu laporan berkait sebuah projek penanaman sawit di Pahang, yang didakwa menceroboh tanah Orang Asli.
Sebelum ini, NGO RimbaWatch menggesa Jabatan Alam Sekitar (JAS) membatalkan kelulusan bagi penilaian impak alam sekitar ke atas projek di Pekan itu, kerana ia didakwa tidak dipamerkan secara terbuka seperti yang dikehendaki garis panduan JAS.
“Saya tahu perkara ini dan tengah dapatkan laporan untuk tindakan selanjutnya,” kata Menteri Nik Nazmi Nik Ahmad pada sidang media selepas mesyuarat panel penasihat perubahan klim di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Terdahulu, RimbaWatch dalam kenyataan berkata ia menerima laporan sebuah syarikat telah mula membersihkan hutan paya gambut berhampiran Kampung Orang Asli Air Hitam dan Tanjung…