Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Didakwa Fathia Latiff Ubah Muka, Netizen ‘Backup’ Masih Cantik Macam Dulu – “Tak Berubah Pun…”

today16 May 2023

Background

Sebelum ini, pelakon jelita Fathia Latiff meraih perhatian selepas ramai yang mengatakan wajahnya kelihatan berbeza daripada sebelumnya.

Menerusi perkongsian video di TikTok, Fathia kelihatan sedang menari dengan gaya trend lagu ‘What it is’.

Namun, wajah Fathia di dalam video tersebut kelihatan seperti rupa asal dah tidak berbeza sedikit pun seperti yang didakwa.

@fatiyalatiff #fyp #fypシ ♬ som original – ʀʏᴀɴㅤ友

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet mengatakan wajah Fathia masih sama dan masih cantik.

“Saya ada tengok live Instagram dia, tak berubah pun muka dia, masih cantik. Kan saya dah cakap yang gambar tu cuma edit je.

“Cantik je. Gambar tu saja je kot dia nak buat bahan orang mengata. Btw, i love you Fathia. Please jangan buat apa-apa, awak dah cantik,” ujar netizen.

Written by: Aqilah


Previous post