Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Didakwa Hanya Sekadar ‘Lemak’, Pelanggan Kecewa Bayar RM20 Untuk Sup Perut Beserta Tahi

today30 May 2022

Background

Sudah menjadi kebiasaan buat orang ramai dalam mencari makanan yang enak khususnya makanan ‘rare’. Perkara ini dikuatkan lagi sekiranya didapati sesebuah restoran ini disebut oleh orang ramai berikutan masakannya yang enak.

Dalam pada itu, lain jadinya pada kali ini menerusi sebuah perkongsian yang tular di Twitter Malaysia Most Virall di mana terdapat sebuah restoran yang menawarkan hidangan sup perut yang kurang bersih.

Berdasarkan perkongsian, difahamkan pelanggan ini telah memesan sup perut namun apa yang beliau dapati sewaktu mahu menjamah makanan tersebut adalah terdapatnya tahi pada bahagian perut.

Beliau kemudiannya telah memaklumkan kepada pihak peniaga namun apa yang membuat beliau kecewa adalah respon peniaga berkenaan yang memaklumkan sup perut berkenaan bukanlah dipenuhi tahi sebaliknya hanyalah sekadar lemak.

Perkongsian pelanggan yang menerima sup perut beserta tahi ini nyata membuatkan para netizen berasa geli. Malah terdapat netizen yang memaklumkan sebolehnya mengelakkan diri daripada memakan organ dalaman haiwan agar situasi seperti ini dapat dielakkan.

Diharapkan agar isu seperti ini tidak lagi berulang kerana bukan sahaja membuatkan pelanggan kecewa, malah mampu mengundang kepada masalah kesihatan pelanggan dan juga masalah kepada bisnes peniaga berkenaan.

Written by: Mimieyuzi


Previous post

Sukan

Nik Sharif Haseefy Sertai Terengganu Secara Pinjaman Selama 6 Bulan

Kelab Bola Sepak Terengganu (TFC) hari ini mengumumkan mereka telah menandatangani Nik Muhammad Sharif Haseefy Bin Mohd Lazim secara pinjaman dari Pasukan Kelab Bola Sepak Terengganu (TFC) hari ini mengumumkan mereka telah menandatangani Nik Muhammad Sharif Haseefy Bin Mohd Lazim secara pinjaman dari Pasukan Selangor FC selama tempoh 6 bulan sehingga akhir musim ini.

today30 May 2022