

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang menyiasat sebuah stesen minyak di sini atas dakwaan menjual RON95 kepada pemandu kenderaan bernombor pendaftaran asing.
Menurutnya, aduan itu diterima melalui portal e-aduan semalam.
“Siasatan lanjut dan pemeriksaan silang rakaman CCTV mendapati pemilik kenderaan asing itu membuat pembayaran menggunakan kad kredit.
“Pengisian RON95 telah dibuat ke dalam tangki asal kenderaan yang menggunakan nombor pendaftaran asing,” katanya dalam kenyataan.
Ia berkata, tindakan diambil terhadap stesen minyak itu kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Subperaturan 3(2) Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Penjualan dan Pembelian Barang Kawalan) (Petrol RON95) 2026.
Peruntukan itu berkaitan pelanggaran Subperaturan 3(1) yang…