Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Didakwa jual sandwich tak halal, UM tutup 2 kedai serbaneka

today10 January 2025

Background


UM berkata, arahan penutupan dikeluarkan susulan label halal diragui berkait produk ‘sandwich ham & cheese’.

PETALING JAYA: Universiti Malaya (UM) mengarahkan penutupan dua premis kedai serbaneka 24 jam dalam kampusnya susulan dakwaan penemuan produk pek sandwich diragui status halal.

Dalam kenyataan, UM berkata label itu berkait produk “sandwich ham & cheese”.

Katanya, arahan penutupan tersebut dikeluarkan bagi memberi ruang agar siasatan dilaksanakan untuk mengesahkan dakwaan tersebut tidak terganggu.

“Premis berkenaan akan ditutup sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.”

UM sentiasa memastikan bahawa produk terjual dalam kampus adalah daripada pembekal mematuhi undang-undang, piawaian, peraturan, dan prosedur dikenakan.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post