
PETALING JAYA: Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin dipanggil memberi keterangan Selasa ini berhubung ucapannya yang didakwa menyentuh isu 3R (kaum, agama, raja) pada kempen PRK Nenggiri, baru-baru ini.
Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata setakat ini pihaknya telah menerima 29 laporan daripada pelbagai pihak berhubung perkara itu.
“Kita memanggil beliau tampil beri keterangan pada 20 Ogos bagi membantu siasatan,” katanya, lapor Bernama.
Terdahulu, Ketua Polis Pahang Yahaya Othman dilaporkan berkata, kertas siasatan akan dibuka susulan laporan-laporan yang diterima berhubung ucapan Ahli Parlimen Pagoh itu.
Menurutnya, siasatan akan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Sebelum ini, tular ucapan bekas perdana menteri itu yang dikatakan menyentuh kewibawaan Sultan Pahang Sultan…