Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Didakwa Songlap Duit RM15,000… Bekas PA Tuduh Fify Azmi Ambil Barang Terlarang?

today11 June 2022

Background

Kontroversi melibatkan pelakon, Fify Azmi dan pengurus peribadinya masih belum menemui jalan penyelesaian.

Ia selepas pengurus peribadi yang dikenali sebagai Nora memuat naik hantaran menerusi Instagram Story miliknya mendakwa pelakon berkenaan mengambil barang terlarang.

Memetik laporan Mstar, teman lelaki Fify yang juga pelakon Nafiez Zaidi bagaimanapun, menolak dakwaan kononnya pelakon Wan Senja itu mempunyai masalah berkenaan.

Malah, dia juga menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah dan hanya mahu menakut-nakutkan Fify.

“Sepanjang saya dengan Fify, dia tak oernah berdepan dengan masalah kerja atau peribadi.

”Bagi saya individu tersebut tidak sepatutnya ungkit kisah silam Fify. Apa yang dia buat tu tidak masuk akal….nak ugut secara personal pula.

”Mungkin dia fikir ugutan itu boleh buat Fify takut dan tarik laporan polis tapi Fify tak gentar pun dengan ugutan tu.

“Biarkan saja individu itu meroyan seorang diri,” jelasnya.

Terdahulu, Nora dilihat memuat naik status berunsur ugutan seolah-olah menuduh Fify mengambil dadah ketika berlakon.

“Nak pijak maruah aku… aku tak kisah. Tapi kalau melibatkan orang tua aku, kau tunggulah.

”Nasib orang tua kau pula macam mana lepas ni…dapat anak hisap ganja. Kuat berlakon, kalau tak kena ganja tak boleh berlakon” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Ni Salah Satu PA Dari Neraka”- Kena Tipu RM15,000! Fify Azmi Serang Pembantu Peribadi, Buat Laporan Polis

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Duit RM15,000 Kena Songlap, PA Fify Azmi Tampil Beri Penjelasan – “Dia Tak Tahu Buat Invois…”

 

 

 

Sumber: Mstar

Written by: Salma


Previous post

Sukan

Bayern Mahukan Kane

Bayern Munich nampaknya sudah sedia untuk menggantikan Robert Lewandowski. Mereka dikatakan mempertimbangkan untuk mendapatkan Harry Kane. Lewandowski

today11 June 2022