Penyanyi Nourul Deep meluahkan rasa geram selepas ada individu berani tampil mendakwa dirinya dan suami sudah bercerai.
Menerusi perkongsian di Instagram, Nourul memaklumkan mesej tersebut diterimanya melalui hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, pelantun lagu Keliru ini menyarankan agar netizen tidak terpengaruh dengan berita-berita tidak sahih.
“Mesej dari seorang follower di Facebook. Ya Allah datang mana pula kisah ni.
“TIPS to all : please don’t read ridiculous news in blogs or any unrealistic or unreliable sources. If you like gossip, memang akan baca gossip sahaja.
“Instead of that, baca kisah sejarah dunia, buku-buku pembangunan diri lebih baik. At least give you knowledge,” kongsinya.
Muak dengan kontroversi sama, Nourul berpendapat, individu yang gemar menyebarkan fitnah ini mendapat tindakan undang-undang dan segera bertaubat.
“Kepada yang membawa cerita yang bukan-bukan yang menjuruskan kepada fitnah, sedarlah! Kamu tak kan ke mana pun.
“Nanti mati, baru nak menyesal jika tidak diampunkan.
“Ada tak undang-undang penjara seumur hidup untuk manusia macam ni? Ini lebih bahaya, ada manusia lain dan di akhirat. Geram pula kami,” katanya.
Terdahulu, Nourul menerusi hantaran di Instagram Stories berkongsi,bahawa dia telah membuat ‘report’ kepada pihak yang bertanggungjawab untuk menyekat gosip dan dakwaan tidak berasas terhadapnya.
Sekadar info, Nourul dan suaminya, Eric Daniel Depp berkahwin pada 2012.
Hasil perkahwinan keduanya itu, pasangan ini telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary, Raphael, dan Isabella