Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Didakwa Tak Pandai Didik Anak Sampai Kena Kecam… “Saya Hanya Mampu Titip Doa” – Azhar Sulaiman

today3 June 2022

Background

Sebut sahaja nama Kasih Iris Leona, pastinya remaja masa kini mengenali sosok anak perempuan kepada pelakon Azhar Sulaiman ini, apatah lagi penampilannya sering menimbulkan kontroversi dalam kalangan netizen.

Namun, ini bukanlah kali pertama Leona tampil dengan pakaian seksi atau mencolok mata menerusi platform media sosialnya.

Justeru, sebagai seorang bapa kepada anak gadis berusia 20 tahun itu, Azhar mengakui sudah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa termasuklah menegur anaknya.

Bagaimanapun, beliau mengakui tindakan merotan anak sudah tidak lagi relevan pada ketika ini.

“Saya sama seperti Kaza dan Normah Damanhuri. Kami adalah ibu bapa pada anak-anak yang bukan kecil lagi. Sebagai ibu bapa, sudah tentulah kita berikan teguran.

“Namun, apa yang kita tegur itu bukan mudah. Kita harap anak-anak dapat berfikir lebih jauh mengenai kesan terhadap keseluruhan , bukan hanya pada diri tetapi keluarga dan ibu bapa.

“Sebagai ibu bapa, saya ambil tanggungjawab untuk tegur apa yang tak boleh dilakukan. Tapi, kalau dia masih buat… Saya hanya berdoa semoga dia cepat berubah.

“Kita tak boleh rotan atau jerit pada anak-anak sekarang apatah lagi mereka sudah besar. Jadi kita doakan yang terbaik untuk anak-anak,” katanya.

Terdahulu, Leona sekali lagi mengejutkan netizen apabila memuat naik video tarian bersama rakan-rakannya dengan memakai gaun ketat dan terdedah terutamanya dibahagian dada.

Ia sekaligus menimbulkan rasa kurang senang warganet terhadap penampilan Leona sekaligus melabel ayahnya yang juga seorang selebriti sebagai tidak tahu mendidik.

 

 

 

Sumber: Instagram, Tiktok, Mstar.

Written by: Salma