Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Didakwa tipu, bos Spanco mengaku tak salah

today3 April 2024

Background


Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Hua Choon (sut biru) tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR: Tan Hua Choon, pengerusi Spanco Sdn Bhd yang mengendalikan perolehan dan pengurusan kenderaan kerajaan, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menipu.

Tan, 83, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Suzana Hussin.

Dia didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebatan dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Tan didakwa melakukan kesalahan itu antara 27 dan 28 Feb 2019 di pejabat Kementerian Kewangan, Putrajaya.

Dia didakwa memperdaya jawatankuasa tender berhubung pemilikan saham Bumiputera Spanco, yang menyebabkan Kementerian Kewangan menganugerahkan kontrak bernilai RM3.9 bilion untuk memperoleh dan menguruskan kenderaan kerajaan.

Hakim menetapkan ikat jamin RM2 juta bersama seorang penjamin.

Tertuduh turut diarah menyerahkan pasportnya kepada mahkamah sehingga…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Faisal Asyraf


Previous post