
PETALING JAYA: Satu laporan polis dibuat terhadap pemberi maklumat, Lalitha Kunaratnam, yang mendedahkan pemilikan saham dikaitkan dengan seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), atas dakwaan menipu mahkamah.
Menurut sumber, Lalitha didakwa memberi kenyataan tidak benar berhubung statusnya sebagai penyelidik Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4), dalam pernyataan pembelaan pada 3 Feb lalu berhubung saman fitnah yang difailkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki terhadapnya.
FMT difahamkan laporan itu dibuat kira-kira 3.43 petang tadi di Balai Polis Sentul.
Sumber berkata, kenyataan media C4 pada pertengahan Januari lalu menjelaskan Lalitha tidak lagi bekerja untuk agensi itu sejak Disember 2020.
“C4 juga menjelaskan mereka tidak mempunyai kaitan langsung dengan penulisan yang dimuat naik oleh Lalitha,” kata…