Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Didakwa ugut bunuh Radja, pemilik syarikat mengaku tak salah

today15 March 2023

Background


CS Muremthiram didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengancam mahu membunuh ahli-ahli kumpulan muzik Indonesia itu pada Sabtu lepas.

CS Muremthiram mengaku tidak bersalah atas tuduhan terhadapnya di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini. (Gambar Reuters)

JOHOR BAHRU: Seorang pemilik syarikat pengurusan acara mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan melakukan ugutan bunuh terhadap kumpulan muzik Indonesia, Radja, pada Sabtu lepas.

CS Muremthiram, 37, didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengancam mahu membunuh ahli kumpulan itu, iaitu Ian Kasela, 49; Seno Aji Wibowo, 43; dan Mouldyanshah Mulyadi, 49, dengan niat menyebabkan mereka berasa cemas.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di dalam bilik rehat artis berkenaan di Stadium Arena Larkin pada 11 malam.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post