Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Didi Astillah Nafi Tuduhan Hubungan Syed Saddiq, Bella Goyah

today3 July 2025

Background

Adik kepada pelakon dan penyanyi, Bella Astillah iaitu Didi Astillah tampil menepis dakwaan kononnya hubungan kakaknya itu dengan Ahli Parlimen Muar kini goyah.

Kata Didi, dia berasa pelik apabila ramai yang mengajukan soalan mengenai keadaan kakaknya.

Menurutnya, Bella masih bahagia dan tidak wujud perkara pelik antara kakaknya itu dan Syed Saddiq.

“Bella okay tak? Okay sahaja. Kenapa saya perasan ada yang mempersoalkan Bella okay ke tidak.

“Sebab saya tak nampak pun benda-benda pelik berlaku dengan mereka (Bella dan Syed Saddiq),” katanya.

Didi berkata demikian menerusi sepotong video pendek yang dikongsikan di platform Threads.

Tidak habis disitu, Didi juga memaklumkan kepada peminat-peminat #BASS diluar sana bahawa mereka hanya ‘overthingking’ kerana memutar belitkan kenyataan Syed Saddiq sebelum ini yang mengatakan dia terhutang budi pada Bella.

“Kau orang semua overthinking je.

“Mereka okay sahaja, saya tengok mereka happy. Mereka pun masih sweet-sweet sahaja,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Pakai Baju Sedondon, Bella Astillah Celebrate Ulang Tahun Abang Syed Saddiq, Netizen Komen: “Moga Kebahagian Hakiki Milik Mereka”

ARTIKEL BERKAITAN:“Kalau Tak Buat ‘Live’, Nanti Orang Tuduh Tak Luang Masa Dengan Anak-Anak” – Bella Astillah

ARTIKEL BERKAITAN:“Bella Is Part Of The Family Already” – Spacedollah Mohon Peminat Beri Masa

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Dapat Lebih Dari Apa Yang Saya Minta” – Hantaran Bella Astillah Curi Perhatian, Netizen Titip Kata Semangat

ARTIKEL BERKAITAN:Momen Bella Astillah Luang Masa Makan Malam Bersama Keluarga Syed Saddiq Curi Perhatian – “Untuk Banyak Lagi Gelak Tawa & Cerita Hantu Bersama”

Written by: Salma


Previous post