Susulan gosip bercinta dengan pempengaruh, Adib Banana Dibs, penyanyi Iman Troye tampil menjelaskan mengenai status hubungan mereka.
Katanya memetik laporan Harian Metro, dia dan Adib masih dalam fasa mengenali hati budi masing-masing apatah lagi kedua-duanya mula berkenalan sejak setahun yang lalu.
“Saya selesa berkawan dengan Adib dan kami saling menyokong antara satu sama lain. Adib juga seorang yang kuat bekerja.
“Kami kenal di media sosial dan lepas tu saling ‘follow’ (mengikuti) antara satu sama lain sejak setahun lalu.
“Sebab itu saya ‘lamar’ Adib untuk menjadi model dalam Muzik Video (MV) single terbaharu saya, Bunga Kemboja,” katanya kepada pemberita.
View this post on Instagram
Mengulas lanjut, pelantun lagu Teman ini mengakui masih terlalu awal untuknya memberikan komen mengenai soal jodoh ataupun perkahwinan.
Ini kerana, dia dan Adib masih muda dan kedua-duanya juga sedang sibuk dengan karier masing-masing.
Bagaimanapun, Iman menjelaskan jika ada jodoh dia meletakkan perancangan untuk berkahwin dalam usia 25 atau 26 tahun.
“Kami masih muda dan masing-masing mahu fokus kepada karier dulu. Adib pun baru bertugas sebagai juruterbang dan dia juga mahu menceburi bidang peragaan dan ada perniagaan sendiri.
“Buat masa ini, saya juga mahu fokus membina nama dan karier seni dulu. Pada masa sama, saya juga mahu melancarkan koleksi tudung jenama sendiri tidak lama lagi,” jelasnya.
Terdahulu, hubungan kedua-duanya menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan warganet selepas tular video mereka seakan keluar bersama.
Malah, Adib ketika ditemui pada acara Kuala Lumpur Fashion Week 2024 Jumaat lalu mengakui, dia tidak kisah apabila orang ramai mula mengusik mengenai hubungan mereka kerana dia dan Iman masih dalam fasa mengenali hati budi masing-masing.
Artikel Berkaitan: Kongsi Video Mesra, Iman Troye Bercinta Dengan Adib Banana Dibs?
Artikel Berkaitan: “Dia Baik, Lemah Lembut…” – Nafi Gimik Promosi Lagu, Adib Banana Dibs Selesa Berkawan Rapat Dengan Iman Troye