Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Dihantar Ke Hospital Psikiatri, Mamat Dah 10 Tahun Hidap Masalah Mental

today24 January 2024

Background

Vokalis kumpulan Exists, Mamat bakal dihantar ke hospital psikiatri bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Mamat berhadap peminat-peminatnya akan terus memberi sokongan terhadapnya meskipun diuji dalam keadaan sedemikian.

“Saya perlu dihantar ke hospital psikiatri untuk rawatan lanjut mulai hari ini.

“Semoga peminat dapat terus memberi sokongan terhadap aktiviti seni saya selepas ini,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, peguam mewakili Mamat iaita Azlina Abdul Aziz memaklumkan Mamat menghidap sakit mental sejak 10 tahun lalu.

Dalam pada itu, Azlina turut berharap agar anak guammnya akan diberikan peluang kedua berikutan pertuduhan kes dadah pada 2019.

“Semasa ditahan dan diperiksa, anak guamnya itu bebas bahan terlarang. Namun dia berada dalam senarai kehendaki berikutan kes lama berkaitan dadah pada tahun 2019.

“Kita doakan untuk Mamat. Hari ini, dia akan dihantar di Hospital Permai untuk rawatan. Untuk pengetahuan, Mamat sudah 10 tahun menghidap penyakit mental. Dalam tempoh itu Mamat makan ubat dan dapatkan suntikan ubat.

“Kita tunggu laporan pakar pada 20 Februari depan untuk tarikh keputusan laporan perubatan psikiatri. Saya percaya Mamat boleh (berubah). Kita tahu Mamat banyak kes dadah, tetapi (saya) percaya peluang kedua.

“Kes yang didakwa Manat pada hari ini adalah kes lama yang sebelum ini diberi jaminan polis. Akan tetapi (kes) tidak diteruskan (sebelum ini) atas sebab pegawai penyiasat mengalami kemalangan teruk dan tidak lagi berkhidmat dengan PDRM,” katanya.

Sebelum ini, Mamat atau nama lengkapnya Mohd Ali Kamarudin, 46, didakwa atas pertuduhan memiliki dan mengambil dadah pada 2918.

Bagaimanapun, Mamat mengakui tidak bersalah atas pertuduhan tersebut dalam perbicaraan berlangsung di Mahkamah Sesyen dan Majistret Johor Bahru.

Artikel Berkaitan: Mamat Exist Didakwa Miliki & Hisap Dadah Jenis Methamphetamine Secara Berulang 

Sumber: Harian Metro

Kredit foto: Harian Metro, Sinar Harian

Written by: Aqilah


Previous post