Hot FM

Dihujani Ucapan Tahniah, Majlis Berandam Surai Anakanda Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Berlangsung Penuh Istiadat

Majlis Berandam Surai buat anakanda sulung Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Ibrahim Ismail selamat dilangsungkan di Istana Bukit Serene, dekat Johor Bahru pada 4 Mac 2020.

Image may contain: 1 person, sitting and indoor

Perkara berkenaan dimaklumkan menerusi laman Instagram rasmi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Berangkat sama Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, anakanda yang lain, dan kerabat Diraja Johor.

Majlis diserikan dengan kehadiran Dato’ Dennis Muhammad Abdullah membawa bayi berkenaan sebelum Majlis Potong Jambul dimulakan.

Diiringi dengan selawat Nabi, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memulakan majlis tersebut diikuti dengan Permaisuri Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan anakanda yang lain.

Menerusi ruangan komen, rata-rata mengucapkan tahniah selain memuji ketampanan cucunda Sultan Ibrahim itu.

 

Sumber: Instagram Rasmi Sultan Ibrahim

Foto: Royalty Press Office

Exit mobile version