Setiap orang pastinya sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk memiliki kulit wajah yang menawan dan kacak. Untuk tujuan itu, operasi pembedahan plastik salah satunya cara mudah untuk mengubah wajah yang sedia ada menjadi lebih menawan dan kacak.
Situasi sebegini juga berlaku di Hanoi, Vietnam di mana seorang lelaki bernama Do Quyen, 26 tahun, dikhabarkan terpaksa menjalani sembilan prosedur pembedahan plastik gara-gara wajahnya yang sebelum ini dijadikan bahan jenaka semasa temuduga kerja.
