PETALING JAYA: Seorang pembantu pengurus ladang kelapa sawit di Kluang, Johor kerugian RM185,500 akibat terpedaya dengan pelaburan saham di China yang menjaminkan pulangan hingga 400%.
Ketua Polis Kluang, Bahrin Mohd Noh berkata, pihaknya menerima kes tipu tawaran pelaburan tidak wujud dalam talian di media sosial itu pada Ahad lalu.
Katanya, mangsa berusia 59 tahun sebelum ini melihat iklan pelaburan di Facebook sebelum dihubungkan dengan aplikasi WhatsApp pada 25 April.
“Mangsa berhubung dengan suspek memaklumkan berminat untuk menyertai pelaburan sebelum diberi penerangan melalui WhatsApp,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Harian Metro.
Bahrin berkata mangsa melakukan sebanyak 13 transaksi pemindahan wang kepada enam akaun bank yang berbeza sejak 26 April hingga 6 Jun.
Katanya, mangsa mula menyedari ditipu selepas tidak menerima…