Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Dijual Dengan Harga RM6,115, Netizen Dakwa Beg Tote ‘Balenciaga’ Ini Mirip Laundry Bag

today14 September 2021

Background


Sebelum ini, Balenciaga juga pernah tular mengeluarkan beg guna semula seperti beg Ikea yang mana rekaan dan warna memang lebih kurang sama seperti jenama syarikat yang mengeluarkan barangan rumah berkenaan.

Tetapi kali ini, jenama mewah itu sekali lagi mencuri tumpuan apabila memperkenalkan beg tote yang didakwa netizen mirip seakan-akan laundry beg yang ada di pasaran ketika ini. Walaupun begitu, tetapi harganya memang boleh buat ramai terkedu.

Hasil carian di laman web Matches Fashion, beg tote keluaran Balenciaga itu dijual pada harga £1,066 (RM6,115).

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Akmal Redzwan


Previous post