Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Dikait rasuah RM8,000, pengurus besar agensi kerajaan Sabah ditahan

today29 November 2021

Background



Suspek telah dilepaskan dengan bon jamin SPRM sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang pengurus besar sebuah agensi kerajaan negeri kerana disyaki menerima rasuah berjumlah kira-kira RM8,000.

Lelaki berusia 40-an itu ditahan SPRM cawangan Tawau, kira-kira jam 9 pagi, hari ini.

Sumber berkata, suspek terbabit dipercayai telah menggunakan kedudukannya untuk meluluskan baucar bayaran pada tahun 2018 sedangkan kerja-kerja itu dilakukan suspek sendiri.

Difahamkan, suspek telah dilepaskan dengan bon jamin SPRM sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki terbabit.

Katanya, suspek ditahan mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009 dan akan dituduh di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Tawau pada 3 Dis.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Willie Jude


Previous post

Sukan

Cheng Hoe ramal final sengit, berkualiti

Petaling Jaya: Pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menyifatkan aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok bakal berlangsung sengit dengan pasukan terbaik akan keluar selaku pemenang.

today29 November 2021