Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Penjaga gol PJ City FC, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi mahu bekerja lebih keras mempamerkan aksi cemerlang bersama kelab sebaik sahaja Liga Malaysia bersambung untuk mendapat kembali peluang bersama skuad kebangsaan.
Namanya diketepikan dalam senarai akhir 23 pemain Harimau Malaya bagi saingan kelayakan Piala Asia 2023 Kumpulan E.
Namun, Kalamullah menganggap peluangnya masih belum tertutup sepenuhnya dan baki perlawanan Liga Super ketika ini perlu digunakan dengan sebaik mungkin untuk memperagakan prestasi lebih baik agar dapat kembali mencuri perhatian selain mampu membantu kelab.
“Rasa kecewa juga apabila tidak dapat bersama 23 pemain (skuad kebangsaan) yang lain, tapi saya anggap masih tiada rezeki.”
“Sekarang saya kena fokus balik untuk aksi bersama kelab sebab ini yang paling penting, jadi saya perlu beraksi dengan lebih baik supaya lepas ini berpeluang dapat panggilan…