Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Dikhabarkan Telah Lama Menghidap Sakit Kanser, Adibah Noor Meninggal Dunia

today18 June 2022

Background

Selebriti berbakat besar, Adibah Noor, 51, dikhabarkan meninggal dunia pada 7.40 petang tadi.

Berita sedih itu disampaikan oleh rakan selebriti, Datin Emylia Rosnaida menerusi hantaran di Instagram miliknya.

View this post on Instagram

A post shared by Emylia Rosnaida (@emyliadac)

Isteri kepada pengacara popular Datuk AC Mizal itu mengesahkan perkara terbabit ketika dihubungi oleh portal Boom.

β€œYa, betul arwah baru sahaja meninggal dunia di Hospital Gleneagles sebentar tadi,” katanya memberi pengesahan yang ketika itu dalam perjalanan ke pusat perubatan swasta tersebut.

Sementara itu, menghubungi rakan seperjuangan Adibah, Ani Maiyuni, difahamkan pelakon drama bersiri Kampung People 2 itu telah lama menderita penyakit kanser.

Ani dan Adibah bersaing dalam sebuah program realiti terbitan stesen televisyen berbayar pada tahun lalu.

β€œAni memang terkejut mendengar berita ini. Tetapi sebelum ini arwah ada maklumkan bahawa beliau dah lama menderita kanser.

β€œHanya kami (peserta program realiti yang sama) saja diberitahu akan hal ini dan minta dirahsiakan,” ujarnya ketika dihubungi oleh Boom.

Pernah berkhidmat sebagai guru Bahasa Inggeris, Adibah terkenal sebagai seorang selebriti serba boleh yang menggalas pelbagai tugas seperti penyanyi, pelakon, pengacara, penyampai radio dan penulis lirik.

Adibah pernah meraih trofi kemenangan Anugerah Juara Lagu ke-21 menerusi lagu Terlalu Istimewa.

Written by: Salma


Previous post