Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Dilantik timbalan menteri, Ramanan masih pengerusi Mitra

today13 December 2023

Background


Ahli Parlimen Sungai Buloh R Ramanan dilantik sebagai pengerusi Mitra pada April lepas.

PUTRAJAYA: Berikutan pelantikannya sebagai timbalan menteri pembangunan usahawan dan koperasi yang diumumkan semalam, R Ramanan kekal pengerusi jawatankuasa khas Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra).

“Status quo buat masa ini,” katanya ringkas kepada pemberita ketika sidang media pada hari pertamanya sebagai timbalan menteri.

Ahli Parlimen Sungai Buloh penggal pertama itu dilantik sebagai pengerusi Mitra pada April lepas.

Ahli jawatankuasa Mitra yang lain termasuk bekas ketua MIC C Sivaraj; Ahli Parlimen DAP Klang V Ganabatirau: Ahli Parlimen PKR Segamat R Yuneswaran; dan K Raveendran Nair, sebagai ketua pengarah.

Ketika pentadbiran perdana menteri terdahulu Najib Razak, Mitra dikenali sebagai Unit Khas Pembangunan Sosioekonomi Komuniti India (Sedic), yang ditubuhkan pada 2013 untuk memperkasakan masyarakat India, khususnya golongan B40.

Selepas kekalahan Barisan Nasional (BN)…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Elill Easwaran


Previous post

Sukan

Ezzejjari tidak lagi bersama NSFC

Seremban: Hanya empat bulan bersama Kelab Bolasepak Negeri Sembilan (NSFC), penyerang import kelahiran Sepanyol, Youssef Ezzejjari meninggalkan pasukan Negeri Sembilan selepas kontraknya berakhir minggu lalu.

today13 December 2023