Site icon Hot FM

Dilarang guna senjata, politik ketika Minggu Solidariti Palestin


Fadhlina Sidek berkata, pihak sekolah perlu menekankan perjuangan kemanusiaan dan pentingnya kedamaian, bukannya elemen keganasan atau kontroversi ketika Minggu Solidariti Palestin.

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan melarang penggunaan senjata dan politik bagi penganjuran Minggu Solidariti Palestin di sekolah.

Menterinya, Fadhlina Sidek dalam garis panduan dimuat naik ke media sosial turut mengingatkan pihak sekolah mengelakkan retorik ekstremis, menyalahkan individu atau agama dan memanipulasi fakta.

“Hindari aktiviti seperti protes jalanan yang boleh menimbulkan konflik atau ketegangan; jangan memihak atau memberikan platform kepada mana-mana pihak politik; jangan menonjolkan perspektif satu pihak dan elak menggunakan simbol atau ikon boleh menimbulkan kontroversi,” menurut infografik di X.

Beliau berkata, pihak sekolah perlu menekankan perjuangan kemanusiaan dan pentingnya kedamaian, bukannya elemen keganasan atau kontroversi; mengadakan aktiviti pendidikan yang memberi…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version