Site icon Hot FM

Dilarang terbangkan dron sebelum, pada sambutan Hari Kebangsaan


Peserta melakukan persembahan pada sesi raptai sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya hari ini. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Pengendalian dron di kawasan terlibat penutupan ruang udara dalam Kuala Lumpur Terminal Control Area (TMA) sebelum dan pada Hari Kebangsaan adalah dilarang, menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM).

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Norazman Mahmud, berkata larangan itu bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini, terutama yang membabitkan aspek keselamatan dan sekuriti orang awam serta pesawat sedang beroperasi.

“Penggunaan dron tanpa kelulusan dikhuatiri akan mengganggu latihan dan pertunjukan udara, sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 di Putrajaya pada 31 Ogos.

“Aktiviti penguatkuasaan akan dilaksanakan oleh CAAM dan Unit Dron Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memantau sebarang operasi dron tanpa kebenaran,” katanya dalam kenyataan.

Norazman berkata, sebarang aktiviti penerbangan termasuk pengendalian aktiviti dron yang boleh…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version