
Debaran kejohanan bola sepak paling berprestij di dunia, Piala Dunia 2026, kini semakin terasa bahangnya. Namun, di sebalik keterujaan menanti sepak mula yang dijadualkan pada 11 Jun ini, terselit satu keresahan yang mendalam dalam kalangan peminat sukan tanah air.
Hanya berbaki sedikit lebih dua bulan sahaja lagi, hak penyiaran untuk pasaran Malaysia masih belum menemui pembeli. Persoalan besar kini berlegar di minda jutaan penyokong: adakah rakyat Malaysia…