
PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menegaskan prosiding siasatan terhadap sesuatu projek kerajaan termasuk perolehan keretapi elektrik (EMU) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tidak bermakna ia berdepan masalah.
Sebaliknya, Pengerusi PAC Mas Ermieyati Samsudin berkata ia hanya prosiding biasa untuk memanggil kementerian berkaitan memberikan penjelasan sebelum kerajaan membuat sebarang keputusan termasuk menandatangani kontrak.
Katanya, prosedur itu juga antara peranan perlu dimainkan PAC sebagai sebuah Jawatankuasa Pilihan Parlimen dalam semak imbang antara cabang perundangan dan cabang eksekutif melalui punca kuasa yang diberikan.
Beliau merujuk Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat (PPMMDR), Arahan Perbendaharaan Tahun 2023 dan Pekeliling Am Bahagian 1 Tahun 2024…