Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Dini Schatzmann Share Rutin Harian Dengan Janna Nick Sebelum Tidur – “Tetap Tunggu & Mandi Sama-Sama”

today11 June 2024

Background

Kemanisan rumah tangga yang ditonjolkan asangan selebriti, Janna Nick dan Dini Schatzmann sering menjadi tumpuan ramai di media sosial.

Sempena ulang tahun perkahwinan mereka, aktor Dini membuat video istimewa untuk isteri tercintanya itu menceritakan antara momen-momen manis mereka bersama serta turut berkongsi rutin harian.

Mengimbau kembali, Dini berkata antara momen yang paling disukainya adalah ketika mereka berbulan madu dengan menunaikan ibadah Umrah bersama.

“Masa kita tengah bincang honeymoon nak pergi mana, you pushed that Umrah trip to happen.

“That trip meant so much more to me than just being with you but it was also spiritually for us.

“Saya rasa ia adalah langkah yang terbaik untuk kita memulakan hubungan sebagai suami isteri,” katanya.

Dini Schatzmann

Sementara itu, aktor drama rantaian Cik A Tuan Ash ini turut berkongsi rutian harian yang sering dilakukan oleh mereka.

Ujar Dini, hidupnya rasa tidak lengkap sekiranya dia dan Janna tidak membuat rutin tersebut.

“Setiap malam walaupun salah seorang dah lama balik tapi kita akan tetap tunggu dan mandi sama-sama.

“Lepastu kita akan solat dan saya akan sikat rambut awak sebelum tidur.

“Kalau salah seorang balik lewat dan tak sempat buat rutin tu rasa macam hidup tak lengkap,” katanya lagi.

Sekadar info, Dini dan Janna mendirikan rumah tangga pada 9 Jun 2023 selepas lima tahun menjalin hubungan cinta sejak 27 Mac 2019.

Artikel Berkaitan:Meski Hidap Bipolar, Netizen Gembira Tengok Janna Nick Semakin Sihat & Bahagia Dengan Dini Schatzmann – “Bila Kita Bersama Dengan Orang Tepat, Sakit Hilang”

Artikel Berkaitan: Video Lama Usik Ruhainies ‘Penyondol’ Kembali Tular, Janna Nick Tampil Beri Penjelasan – “Tak Ada Niat Untuk Sindir Atau ‘Spill The Tea’”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Korban Semua Aktiviti, Janna Nick Reda Masih Belum Mengandung – “Dah Cuba Pelbagai Cara Sampai Psiko”

Written by: Salma


Previous post