Hot FM

‘Dipelawa’ naik komuter, Onn Hafiz tunggu undangan rasmi Kementerian Pengangkutan


onn hafiz ghazi
MB interim Johor Onn Hafiz Ghazi berkata, projek pembangunan bukanlah milik mana-mana parti politik, sebaliknya, tanggungjawab semua pihak yang perlu dilaksanakan dengan profesional demi manfaat dan kesenangan rakyat. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

Menteri besar interim Johor Onn Hafiz Ghazi berkata, beliau sedia menghadiri pelancaran perkhidmatan KTM Komuter Selatan minggu depan susulan ‘pelawaan’ Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook, namun belum menerima sebarang jemputan rasmi daripada Kementerian Pengangkutan.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor itu berkata, beliau akan melapangkan jadual untuk hadir selepas dipelawa Loke menaiki komuter bersama dalam program itu pada Selasa.

“Saya menunggu surat jemputan rasmi dan butiran program. InsyaAllah, saya akan melapangkan jadual saya bagi tujuan tersebut,” katanya, menerusi hantaran di Facebook.

“Pelaksanaan projek ini adalah demi kesenangan Bangsa Johor, bukan kerjasama politik. Jadi sepatutnya tidak timbul sebarang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version