
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang anggota penguat kuasa kerana dipercayai meminta rasuah daripada seorang wanita konon bagi membantu membebaskan suami yang ditahan.
Menurut sumber, anggota terbabit, seorang lelaki berusia 40-an, dipercayai meminta kira-kira RM80,000 konon bagi membantu membebaskan suami wanita itu yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) atau Sosma.
Pengarah SPRM Pulau Pinang, Mohd Fuad Bee Basrah mengesahkan tangkapan. Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM.
Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown bagi permohonan reman, esok pagi.
Menurut sumber, anggota terbabit disyaki menghubungi wanita berkenaan pada 30 Nov lalu, susulan tangkapan dibuat terhadap suaminya.
“Menerusi perbualan telefon itu, suspek meminta wang…