

Hasil hubungan Malaysia dengan Rusia, Turkmenistan dan Jepun membentuk tiga komponen komersial yang saling melengkapi iaitu jaminan bekalan, penggantian rizab serta kepastian pembeli jangka panjang, kata penganalisis.
Profesor Adjung Universiti Teknologi Petronas, Samirul Ariff Othman, berkata medan domestik yang semakin matang memerlukan syarikat tenaga terus mendapatkan rizab baharu bagi mengelakkan pengeluaran dan hasil menyusut.

Katanya, atas pertimbangan itu, perjanjian di Turkmenistan mempunyai nilai lebih besar daripada potensi pengeluaran terdekat kerana ia menambah pilihan sumber untuk beberapa dekad akan datang.
Petronas memperoleh 100% kepentingan penyertaan dalam blok luar pesisir 19 dan 20, selain hak menjalankan kajian seismik di blok utara serta kemungkinan menyertai pembangunan medan gas…