

Mahkamah Rayuan memerintahkan seorang eksekutif kanan yang dituduh secara salah atas kesalahan mencuri, dikembalikan ke jawatannya, sekali gus mengekalkan keputusan Mahkamah Perusahaan bahawa lelaki itu dipecat secara tidak adil.
Hakim Evrol Mariette Peters yang menyampaikan penghakiman sebulat suara panel tiga hakim itu berkata, Mahkamah Tinggi terkhilaf dari segi undang-undang dan prinsip apabila mengganggu keputusan Mahkamah Perusahaan.
“Perintah Mahkamah Tinggi diketepikan dan award Mahkamah Perusahaan dikembalikan,” katanya dalam alasan ringkas yang disampaikan ketika membenarkan rayuan akhir Lee Ee Chai, dua minggu lalu.
Panel yang dipengerusikan Hakim Azizul Azmi Adnan dan dianggotai Hakim Ahmad Fairuz Zainol Abidin itu turut memutuskan kos RM40,000 kepada Lee.
Mahkamah Perusahaan…