
PETALING JAYA: Puspakom mengesahkan enam pemeriksa kenderaannya ditahan kerana disyaki terbabit dalam sindiket meluluskan pemeriksaan kenderaan berat di sebuah cawangan Puspakom semalam.
Penahanan itu berikutan keterangan yang diberi oleh ejen yang disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), katanya dalam kenyataan.
Ketua Pegawai Eksekutif Mahmood Razak Bahman memaklumkan bahawa enam kakitangan itu digantung daripada tugas secara serta-merta agar siasatan SPRM dapat dijalankan dengan telus dan lancar.
“Puspakom tidak akan berkompromi terhadap sebarang jenayah rasuah,” katanya.
“Sekiranya terdapat bukti kesalahan, kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana kakitangan yang terlibat dalam kegiatan seperti ini, termasuk mereka yang bersekongkol dengan sindiket dan menjalankan aktiviti meluluskan pemeriksaan kenderaan secara…