Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Kehadiran Shin Tae-yong yang mula dilantik sebagai pengendali skuad kebangsaan Indonesia bermula 29 Disember 2019 bukan sahaja telah mengubah lanskap bola sepak di negara tersebut.
Malah, ia juga turut memberikan kesan positif dalam kalangan pemain muda yang kini dilihat lebih mendapat tempat di hati jurulatih kelahiran Korea Selatan itu.
Hakikat itu jelas dibuktikan apabila penyerang skuad Bawah 23 Tahun (B-23) Indonesia, Hanis Sagara Putra mengakui Shin Tae-yong telah menjelmakan kesan positif dalam dirinya terutamanya mengenai menepati masa.
Hanis yang turut menganggotai skuad finalis Indonesia dalam kempen Piala AFF Suzuki 2020 di Singapura mendedahkan peranan dimainkan Tae-yong telah membuatkan dirinya lebih berdisiplin.

Hanis Sagara. Kredit FotoL PSSI
“Ilmu yang boleh diambil daripada beliau mungkin berkaitan dengan disiplin,” ujar Hanis ketika sesi temubual di saluran…