Pengerusi PTPTN, Norliza Abdul Rahim, berkata ia bagi memberi peluang kepada peminjam yang tidak sempat membuat bayaran balik sebelum ini.

PETALING JAYA: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan memperhalusi cadangan melanjutkan tempoh diskaun bayaran balik pinjaman selepas ia mencapai sasaran kutipan RM1 bilion.
Pengerusi PTPTN, Norliza Abdul Rahim, berkata pihaknya mengambil maklum cadangan tempoh pemberian insentif diskaun itu dilanjutkan bagi memberi peluang kepada peminjam yang tidak sempat membuat bayaran balik sebelum ini.
Beliau berkata, bagaimanapun ia akan diperhalusi bersama Kementerian Kewangan kerana melibatkan peruntukan tinggi kerajaan.
Katanya, insentif pemberian diskaun yang bermula 1 Mac hingga 31 Mei lalu itu mendapat sambutan menggalakkan daripada peminjam sekali gus…