Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Diskaun tol 50% sempena Deepavali

today5 November 2026

Background


Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi berkata kerajaan menanggung pampasan dianggarkan RM20.11 juta kepada syarikat konsesi lebuh raya bagi pemberian diskaun tol kali ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

Kerajaan mengumumkan diskaun tol 50% selama dua hari bermula esok sempena sambutan Deepavali pada Ahad ini.

Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi, berkata diskaun itu bermula 12 tengah malam ini (6 Nov) hingga 11.59 malam Sabtu (7 Nov).

Katanya, diskaun berkenaan melibatkan kenderaan persendirian kelas 1 di semua plaza tol serta kenderaan kelas 2 bagi Jambatan Pulau Pinang.

Bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada plaza tol di sempadan negara, iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar di Lebuhraya Utara-Selatan dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua).

“Pemberian diskaun tol ini dianggarkan melibatkan bayaran pampasan RM20.11 juta kepada syarikat konsesi lebuh raya yang akan ditanggung kerajaan tertakluk kepada pengesahan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Zverev, Djokovic tersungkur di Paris

Paris: Lorenzo Musetti mencipta kejutan apabila menafikan penampilan sulung Alexander Zverev sebagai pemain nombor satu dunia selepas menewaskan pilihan utama dari Jerman itu 7-6 (5), 6-2 pada pusingan kedua Paris Masters, semalam.

today5 November 2026