Disney Jr. Live On Tour: Let’s Play! bakal membuat penampilan istimewa di Arena of Stars, Resorts World Genting dari 29 Ogos hingga 1 September 2025.
4 hari berturut-turut

Selama empat hari berturut-turut, para pengunjung akan disajikan dengan lapan persembahan luar biasa yang menampilkan gabungan muzik, tarian bertenaga, visual 3D yang memukau serta aksi akrobatik mendebarkan. Pastinya acara ini menjadikan ia satu acara keluarga yang tidak boleh dilepaskan!
Watak-watak popular seperti Mickey Mouse, Minnie Mouse, Ariel (The Little Mermaid), SuperKitties, Puppy Dog Pals dan Team Spidey daripada Marvel’s Spidey and His Amazing Friends akan menghidupkan pentas dalam satu pengembaraan muzikal interaktif penuh warna-warni.
Kisahnya bermula apabila Mickey Mouse menganjurkan sesi permainan istimewa di Clubhouse, namun suasana ceria mula terganggu akibat kemunculan cuaca hijau misteri. Demi menyelamatkan keadaan, Team Spidey tampil mengembalikan…