Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Disoal Perancangan Nak Rujuk Bersama Diana Danielle, Ini Respons Farid Kamil

today23 August 2023

Background

Pelakon dan pengarah, Farid Kamil masih tiada perancangan untuk rujuk kembali bersama bekas isteri, Diana Danielle dalam tempoh idah selepas disahkan bercerai talak satu pada 10 Ogos lalu.

Memetik laporan Kosmo, dia menyerahkan semua ketentuan hidupnya kepada Tuhan dan menerima semua takdir dengan hati yang reda.

β€œJodoh dan maut itu ditangan Allah dan saya tidak tahu apa perancangan Tuhan malah cuma menjalani semua ini dengan berlapang dada.

β€œUntuk proses memujuk atau rujuk, buat masa ini tidak ada,” katanya.

Pada masa sama, dia percaya apa yang berlaku sudah tertulis sejak azali lagi.

β€œSebenarnya masa depan ini telah tertulis sejak awal lagi dan setiap yang ditakdirkan saya terima sahaja.

β€œKehidupan sendiri, ini pengalaman yang baru. Saya perlu tempuhi dengan keredaan dan kerelaan hati namun apa yang pasti saya tahu ialah saya tetap disayangi.

β€œSukar? Mula-mula saya hidup sendiri, bersama dan kini kembali solo. Ini satu perjalanan hidup yang sudah tertulis dan hanya menghadapinya dengan tenang,” jelasnya.

Disoal tentang penglibatannya dalam beberapa majlis agama baru-baru ini, pelakon filem Anwar: The Untold Story baru sahaja selesai menyertai program suluk.

Sekadar info, suluk bermaksud mendekatkan diri dengan Tuhan melalui cara pengasingan diri untuk bertafakur.

β€œAlhamdulillah, saya baru selesai sertai program bersuluk.

β€œSaya rasa itulah taufik dan hidayah yang diperolehi selepas apa yang berlaku (perceraian),” ujarnya ringkas.

Pada Isnin, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menetapkan hak penjagaan penuh dua anak Farid iaitu Muhammad, 10, dan Aurora, 8, menjadi milik Diana.

Namun, Farid masih diberikan hak lawatan anak mengikut perjanjian secara global yang sudah dipersetujui kedua belah pihak.

Terdahulu, Farid dan Diana sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Ogos lalu selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga.

Farid melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Shukran Yusof menerusi aplikasi Google Meet memandangkan dia mengalami masalah kesihatan kesan akibat jangkitan Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN:Β Farid Kamil, Diana Danielle Sah Bercerai Talak Satu Melalui Google Meet

ARTIKEL BERKAITAN:Β [VIDEO] Sertai Tabligh, Perubahan Farid Kamil Mendekati Agama Buat Ramai Sebak! – β€œSatu Keputusan Yang Terbaik…”

Written by: Aqilah