GEORGE TOWN: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki membunuh ibu kandungnya sendiri dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Relau, petang tadi.
Ketua Polis Timur Laut, Razlam Ab Hamid, berkata suspek yang berusia 40 tahun dan dipercayai mempunyai masalah mental, ditahan di pangsapuri terbabit selepas polis menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada abangnya.
Suspek dikatakan menghubungi abangnya pada kira-kira 5 petang dan memaklumkan bahawa dia telah menikam ibu mereka yang berusia 67 tahun dengan gunting.
“Berdasarkan siasatan awal, sebelum kejadian dua anak mangsa telah menghubungi ibu mereka namun panggilan tersebut tidak dijawab… bagaimanapun, mereka dikejutkan dengan panggilan suspek yang memaklumkan telah menikam ibu mereka menggunakan gunting dan wanita itu sudah meninggal dunia,” katanya.
Razlam berkata siasatan juga mendapati mangsa hanya datang…