Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Disyaki cabul pelajar di tandas, guru lelaki dicekup

today7 April 2024

Background


Ketua Polis Petaling Jaya Shahrulnizam Jaafar@Ismail, berkata guru lelaki itu direman sehingga 10 April.

PETALING JAYA: Guru lelaki direman lima hari kerana disyaki melakukan amang seksual terhadap pelajar perempuan di tandas awam sebuah pusat beli belah, di Kota Damansara.

Ketua Polis Petaling Jaya Shahrulnizam Jaafar@Ismail, berkata penangkapan suspek berusia 27 tahun susulan laporan mangsa mendakwa kejadian berlaku pada 22 Mac.

Katanya, mangsa berusia 14 tahun yang trauma tampil membuat laporan kelmarin untuk tindakan selanjutnya.

“Susulan itu, polis menahan suspek di Balai Polis Kepong kelmarin dan direman lima hari bermula semalam hingga 10 April ini,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 14(1)(a) Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 377A Kanun Keseksaan.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

JDT perkenal jersi ketiga

Kuala Lumpur: Johor Darul Ta'zim (JDT) tampil berbeza musim ini apabila melancarkan jersi ketiga dengan menggunakan warna hijau florescent yang di luar kebiasaan kelab itu.

today7 April 2024