
PETALING JAYA: Anggota polis ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mencabul remaja perempuan di sebuah hotel di Jalan USJ, Sentral 1 Subang Jaya, pada Rabu.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita & Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Siti Kamsiah Hassan, berkata anggota terbabit disiasat selepas pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu.
“Suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya menurut Harian Metro.
Menurutnya, anggota terbabit pada mulanya pergi mencari mangsa bersama bapa remaja terbabit sebelum berlaku kejadian itu.
Menurut laporan itu yang memetik sumber, mangsa berusia 14 tahun ketika kejadian menginap di hotel bersama kenalan lelaki, sebelum pintu bilik mereka diketuk, pada 11.40 malam.
Ketika pemeriksaan,…