Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Disyaki dalang sindiket dagang manusia, 4 warga Bangladesh ditahan

today14 December 2024

Background


handcuff
Ketua Pengarah Imigresen Zakaria Shaaban berkata tiga suspek lelaki dan seorang wanita dipercayai pasangan kepada seorang suspek ditahan di sebuah premis pada malam Rabu lalu.

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia berpusat di ibu negara menerusi serbuan ke atas tiga lokasi di Cheras.

Ketua Pengarah Imigresen, Zakaria Shaaban, berkata tiga suspek lelaki berusia 35 hingga 38 tahun dan wanita 32 tahun yang dipercayai pasangan kepada seorang daripada suspek itu ditahan di sebuah premis dalam operasi khas bermula 9.11 malam Rabu lalu.

Menurutnya, operasi hasil risikan selama dua minggu itu berjaya menyelamatkan 11 lelaki Bangladesh berusia 30 hingga 38 tahun yang dipercayai akan diperdagangkan sindiket berkenaan.

“Modus operandi sindiket ialah membawa masuk rakan senegara ingin mencari pekerjaan di negara ini sebagai pelancong melalui pintu masuk udara dan segala urusan pasport,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post