Hot FM

Disyaki dera anak hingga mati, wanita ditahan bersama teman lelaki



Kanak-kanak berusia tiga tahun itu dibawa ibunya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, dalam keadaan tidak sedarkan diri Jumaat lalu.

PETALING JAYA: Seorang wanita bersama teman lelaki ditahan susulan kematian anak lelakinya berusia tiga tahun, dipercayai didera menggunakan kayu, tali pinggang dan penyangkut baju.

Insiden itu terbongkar selepas polis menerima laporan dibuat seorang pegawai perubatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, kira-kira 6.20 petang, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Cha Hoong Fong, berkata berdasarkan laporan memaklumkan seorang kanak-kanak lelaki dibawa ibunya ke hospital berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Pemeriksaan kemudian mengesahkan mangsa meninggal dunia dengan kesan lebam pada seluruh badannya.

“Hasil siasatan mendapati kanak-kanak itu disyaki didera dan dipukul dengan kayu, tali pinggang dan penyangkut baju,” katanya menurut laporan Kosmo.

Beliau berkata, bertindak atas…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version