
PETALING JAYA: Sepasang kekasih yang didakwa mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun sehingga meninggal dunia, ditahan semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Dzulkhairi Mukhtar, polis Johor Bahru Selatan (JBS) menerima panggilan daripada petugas Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) mengenai kematian kanak-kanak terbabit, kira-kira 12.20 tengah hari.
“Pemeriksaan ke atas badan mangsa terdapat kecederaan di mulut, lebam di seluruh bahagian depan dan belakang badan kemungkinan akibat didera.
“Forensik Ibu Pejabat Kontinjen Johor menjumpai getah paip di sinki dalam bilik air, batang kayu dan ‘poly pipe’ di atas sofa dan kesan darah (swab) di rumah suspek yang kemudiannya semua barang kes dirampas,” katanya, menurut laporan Berita…