Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Disyaki kemuka levi palsu RM1 juta, lagi pengarah syarikat direman

today14 November 2024

Background


Suspek direman lima hari sehingga 18 Nov kerana disyaki kemuka butir matan palsu untuk kelulusan Kementerian Sumber Manusia. (Gambar SPRM)

PETALING JAYA: Seorang lagi pengarah syarikat direman disyaki mengemukakan butir matan palsu berkait permohonan kuota pekerja asing bernilai kira-kira RM1.1 juta.

Sumber berkata, dokumen itu membabitkan permohonan kuota berkenaan untuk kelulusan Kementerian Sumber Manusia.

Katanya, perintah reman lima hari sehingga 18 Nov telah dikeluarkan Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan di Mahkamah Majistret Shah Alam pagi tadi.

Menurut sumber, suspek wanita berusia 40-an ditahan kira-kira 5 petang semalam, ketika hadir bagi memberi keterangan di SPRM Selangor.

“Suspek dipercayai bersubahat melakukan perbuatan tersebut pada 2023 dengan mengemukakan dua permohonan kuota seramai 600 pekerja asing oleh syarikat berkenaan, sedangkan pembekalan tenaga kerja bagi projek dikemukakan tidak…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

UniMAP ungguli lima teratas VTF 2024

Kuala Terengganu: Kejayaan menduduki tempat kelima daripada 30 pasukan yang bertanding dalam kejohanan Varsity Track & Field (VTF) Grand Final pada Ahad lalu begitu membanggakan kontinjen Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

today14 November 2024