Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Disyaki melacur serendah RM120, 21 wanita warga asing ditahan

today10 November 2024

Background


Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa, berkata aktiviti pelacuran itu didapati aktif sejak tiga bulan lalu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seramai 21 wanita warga asing disyaki pelacur ditahan dalam serbuan Op Noda Khas #KLStrikeForce di lima hotel murah sekitar ibu negara malam tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa, berkata pihaknya mendapati kadar bayaran bagi mendapatkan khidmat tidak bermoral itu berbeza mengikut lokasi dengan bayaran serendah RM120.

“Kadar bayaran yang dikenakan adalah berbeza mengikut tempat, antara RM120 hingga RM140 bagi 30 minit dan RM155 hingga RM250 bagi tempoh sejam,” katanya menurut Bernama.

Katanya, serbuan dilakukan 8 malam di sekitar Sri Petaling, Cheras, Jalan Kuchai Lama, dan Danau Kota itu, sambil menyatakan lima lelaki tempatan dipercayai penjaga premis turut diberkas.

Warga asing yang ditahan terdiri wanita warga Indonesia, Thailand, Vietnam, dan Laos berumur 24 hingga 35 tahun, manakala penjaga premis ditahan berusia 20 hingga…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post